Wednesday, May 13, 2009

Hubungi

Jika anda ada sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan masalah komputer, lebih elok dihantar ke Forum SK, kerana balasan di sana lebih cepat. InsyaAllah ada orang untuk menjawabnya nanti.

Bagi sebarang urusan SELAIN dari pertanyaan berkenaan masalah komputer, gunakan borang ini:


Comments are closed.

Muat turun Software


Antivirus dan Sekuriti

Desktop

Internet

  • Firefox [Download] - Pelayar web yang boleh diubahsuai dengan pelbagai extension
  • Opera [Download] - Pelayar web terpantas, serta padat dengan pelbagai fungsi
  • Free Download Manager [Download] - Download dokumen, mp3, dan video dari laman web dengan pantas
  • FeedDemon [Download] - Pembaca RSS terbaik
  • FileZilla [Download] - Klien FTP terbaik

Grafik

  • Gimp [Download] – Alternatif percuma kepada Adobe Photoshop
  • Picasa [Download] [Reviu] – Uruskan foto-foto anda dengan lebih mudah dan menarik

Multimedia

Office

  • OpenOffice [Download] – Alternatif percuma kepada Microsoft Office
  • Notepad++ [Download] – Text editor yang sangat berkuasa untuk para programmer
  • Windows Live Writer [Download] [Reviu] – Perisian untuk menulis blog yang terbaik
  • Foxit PDF Reader [Download] [Reviu] – Membaca dan membuka fail PDF dengan pantas

Utiliti

  • CCleaner - [Download] [Reviu] – Bersihkan PC anda
  • DriverMax - [Download] [Reviu] – Backup kesemua driver anda supaya anda tak perlu install satu-persatu lagi
  • ImgBurn [Download] [Reviu] – Burn CD, buat fail imej dari CD
  • Revo Uninstaller [Download] [Reviu] – Uninstall program dengan sepenuhnya
  • 7zip [Download] – Membuka serta membuat fail Zip

Arkib

Wednesday, May 06, 2009

Guna CPU-Z untuk mengetahui hardware komputer anda

Salam pembaca sekalian,

Tip kali ini adalah daripada seorang client projek baiki komputer kami. Jarang sekali seorang perempuan Dekan lihat amat pandai dalam selok-belok komputer seperti beliau. Impressi pertama Dekan, hampir semua perisian dalam komputer beliau up-to-date, dan kemahiran troubleshoot komputer yang boleh dikatakan level intermediate. Cuma satu kelemahan beliau, ‘takut’ untuk melakukan format. :P Ampun kak.

Baiklah. Begini ceritanya. Ketika Dekan terlupa membackup driver, Dekan mestilah terpaksa membuka casing CPU tersebut untuk melihat jenis motherboard. Tatkala Dekan mencapai skru driver untuk membuka, ketawa kecil client sorang ini. “Dik, xyah susah2. Sekarang zaman teknologi lah. Cni, cucuk pendrive akak.”

Keliru dengan apa yang hendak dilakukan client tersebut, Dekan membiarkan sahaja dia sambil melihat telatahnya yang kununnya ingin mengajar Dekan. Sambil tersenyum, beliau mengklik satu software yang dinamakan CPU-Z. Dan yang muncul ialah, jeng3! Sistem komputer tersebut!


Contoh: Sistem hardware komputer personal Dekan sekarang

Terkesima Dekan melihatnya.. Semua maklumat PC Dekan daripada motherboard, RAM, Memory semuanya terpapar di skrin.


CPU-Z ialah salah satu perisian yang dibangunkan oleh CPUID yang boleh digunakan untuk melihat maklumat hardware untuk sesuatu komputer. Tanpa installasi diperlukan cuma klik 2 kali sahaja untuk ‘run’kan perisian tersebut, perisian tersebut boleh disimpan dalam pendrive untuk kemudahan. Anda boleh mendapatkan meklumat lanjut tentang CPU-Z secara di laman web nya atau cuma klik sini untuk muat turun versi 1.50 secara PERCUMA.

Maka dengan ini Dekan tidak perlu bersusah payah lagi membuka motherboard untuk melihat jenis dan versi. Terima kasih banyak-banyak. :)

Login Yahoo Messenger menggunakan beberapa user


Sebelum ini Dekan pernah mengajar bagaimana cara untuk login menggunakan banyak pengguna (multiple user) untuk meebo. Hal itu adalah kerana ada sesetengah pejabat menghadkan akses untuk install sebarangan perisian. Jadi mereka boleh menggunakan meebo ataupun ebuddy(hm.. yang ni Dekan musykil la privacy policy dia. Simpan username password?) untuk berchatting.

Terima kasih atas panduan dan komen seorang pembaca, jonojojo, yang mengajar bagaimana menggunakan multiple user login untuk Yahoo Messenger pula. Sebelum ini rakan serumah dekan pernah memberitahu, tapi Dekan tidak pula mencubanya.

Ok, berikut adalah caranya:

1. Klik ‘Start’ -> Run..
2. Taip regedit.

3. Kemudian browse untuk folder berikut: HKEY_CURRENT_USER\Software\yahoo\pager\Test

4. Pada ruang sebelah kanan, klik kanan, kemudian pilih New –> DWORD Value.

5. Namakan ia sebagai “plural” (tanpa ” ).

6. Kemudian, klik dua kali pada “plural”, dan setkan data Value kepada “1″ (hexa/deci mana2 pun boleh).

7. Klik OK. Jeng3..

8. Sekarang buka Yahoo Messenger anda. Dan.. Klik sekali lagi. Nescaya akan terbukalah dua Yahoo Messenger untuk anda login. Jika tidak menjadi, restart semula komputer anda.

Selamat berchatting dan menyamar. Tapi jangan nakal2 eh.. Baru-baru ini asik mendapat pesanan pelik2 daripada rakan sahaja. Mungkin worm di Yahoo Messenger kot. Berhati-hati


:)


Friday, May 01, 2009