Monday, April 06, 2009

CMOS Checksum Error, Komputer ada bateri ker?

Kekadang kalau kita tidak tahu ilmu komputer, susah jugak. Apa-apa bidang yang diceburi kalau tak tahu tentang komputer, perkakasan, perisian memang jadi masalah.. Bagi anda yang hendak menceburi bidang perniagaan internet & menjadi usahawan internet, anda perlu tahu [wajib tahu] perkara asas tentang komputer.

Oklah, balik kepada tajuk kita… baca dialog diantara En. A & pak_aen dibawah.. siapa pak_aen?

En. A: Komputer aku CMOS Chesksum Error, apa nak buat?
pak_aen : Ko tukar je batteri baru ….
En. A: Komputer ada bateri ker ?

Untuk pengetahuan En. A dan anda, komputer mempunyai sebiji bateri. Bateri itu terletak pada papan induk [ motherboard ]. Ia sebesar duit syling 20 sen. Ia adalah satu perkakasan komputer juga.
Bateri ini merujuk kepada 2 tujuan kegunaannya…
1. Untuk membekalkan konfigurasi ingatan [ CMOS ].
2. Untuk membekalkan jam & masa pada komputer [ menunjukkan tarikh dan masa ].


Tak semestinya bila Cmos Checksum Error, batteri anda perlu tukar baru… Ada faktor lain yang menyebabkan mesej ralat CMOS Checksum Error dipaparkan, cuma untuk post nie saya nak tekankan mengenai bateri dahulu..

Bagaimana kita nak tahu Bateri kita kena tukar….
1. Apabila anda on PC anda, mesej ralat CMOS Checksum Error akan dipaparkan.
2. Anda masuk pada CMOS setup, dan anda setting masa & tarikh pada CMOS anda mengikut tarikh semasa.
3. Setelah selesai setting, pastikan anda save & exit CMOS tersebut.
4. Tutup suis komputer anda, dan ON kan semula.
5. Sekiranya mesej ralat tersebut masih keluar, masuk kembali CMOS dan tengok setting masa & tarikh anda tadi.
6. Jika didapati masa & tarikh setting berubah, maka wajiblah anda tukar Bateri baru…

Ada juga mesej ralat lain, yang memberitahu supaya anda tukar bateri
1. CMOS Battery State Low
2. CMOS System Options Not Set
3. CMOS Time And Date Not Set

Cara Menukar Bateri
Cara menukar battery ni, mudah je… Kalau anda hantar kedai, kena harga mahal tau, sedangkan anda boleh tukar sendiri dengan beli bateri harga RM12 jer.. Percaya??? nak tahu langkah mudah tukar batteri ikuti perkembangan blog nie,
:Tips Langkah Mudah Tukar Bateri
Ada beberapa Langkah mudah tukar bateri CMOS

1. Matikan [suis off] semua plug komputer
Kalau anda masih baru dalam ilmu nie, saya nasihatkan supaya suis off , tanggalkan kabel pada power supply dan biarkan dalam masa 5 minit. [macam rancangan memasak lak]. Tujuan sebenarnya bagi memastikan tiada aliran elektrik pada komputer. Keselamatan harus dijaga.

2. Ketahui lokasi kedudukan bateri
Sebelum post nie: Pentingnya Buku Manual, saya minta anda membaca buku manual motherboard anda. Didalam buku manual anda terdapat gambarajah motherboard, cari lokasi kedudukan bateri pada motheboard anda.. Anda boleh cari terus kat motherboard anda, tapi dengan ada manual ia memudahkan lagi anda mencari.. Sekiranya anda kurang pasti atau tidak menjumpai kedudukan bateri, anda boleh telepon syarikat pengeluar motherboard anda.

3. Catatkan maklumat bateri
Setelah anda mengetahui lokasi bateri, tanggalkan bateri tersebut dari lokasinya.. Kemudian catatkan maklumat mengenai bateri anda seperti [pengeluar, Voltan]. Maklumat bateri selalunya terletak pada kepala bateri. Cara tanggalkan bateri seperti :





4. Tukarkan dengan yang baru
Anda boleh dapatkan bateri, di kedai jam berdekatan rumah anda. Harganya sekitar RM6 - RM12. Untuk langkah nie pastikan anda masukkan bateri dengan betul mengikut positif & negatif bateri. [ingat kedudukan masa anda keluarkan bateri]. Ini penting, kerana kalau anda tersalah letak, boleh berkemungkinan litar pintas pada motheboard. Rujuk gambar seperti di bawah :


5. Pasang balik plug
Siap semuanya langkah di atas, anda boleh pasang balik kabel - kabel, kemudian suis on kembali komputer anda. Masuk CMOS, setting semula CMOS anda seperti jam, masa dan tarikh.

note : tidak semua bateri anda boleh tanggalkan, langkah ni untuk bateri yang berbentuk syiling 20 sen. . Kebanyakkan komputer sekarang menggunakan bateri jenis ini… Mudah tak? jimat tak ?

No comments: